Friday, June 13, 2008

KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER AL-KAUTHAR

Pada 9/6/2008 hingga 13/6/2008 pegawai-pegawai dari BTPN Pulau Pinang dan Pusat Kegiatan Guru Kawasan Seberang Perai Selatan dan Tengah Guru-Guru Perpustakaan Dan Media kawasan PKG Nibong Tebal, telah mengadakan Khidmat Bantu di Pusat Sumber Al-Kauthar.Khidmat bantu ini adalah untuk membantu mengemaskini data dan maklumat Pusat Sumber Al-Kauthar untuk mewakili Negeri Pulau Pinang ke Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang Peringkat kebangsaan untuk Kategori Sekolah Luar Bandar.Di samping pegawai-pegawai dari BTPN PP ,PKG dan GPM Kawasan Selatan, Khidmat Bantu ini juga turut disertai oleh bekas pelajar SMKANT, guru-guru dan murid-murid SMKANT.






Wednesday, June 11, 2008

PEMANTAUAN PEMILIHAN PUSAT SUMBER CEMERLANG KE PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 9 Mei 2008 Pusat Sumber Al-Kauthar telah di kunjungi Oleh Pergawai -Pegawai dari BTPN Pulau Pinang dan Pusat Kegiatan Guru Daerah Timur laut dan Seberang Perai Tengah.Kunjungan ini bertujuan untuk memantau serta memilih Wakil Negeri Pulau Pinang bagi Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2008.Terdapat 5 kreateria yang di nilai ialah bahagian A( Kemudahan Fizikal, Peralatan dan Bahan),Bahagian B – Pengurusan dan Pengelolaan PSS,Bahagian C – Penggunaan, Bahagian D – Program Galakan Membaca (NILAM)PSS,Bahagian E – Program Peningkatan PSS,Bahagian F – Kriteria Khusus.

Terdapat 3 buah sekolah yang dinilai untuk pemilihan tersebut.Pusat Sumber Al-Kauthar telah mendapat markah tertinggi dan berjaya dipilih mewakili Negeri Pulau Pinang ke Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Kebangsaan.










PROJEK PERPUSTAKAAN MINI AL-KAUTHAR (cawangan Pusat Sumber Al-Kauthar SMKANT)

Projek Perpustakaan Mini Al-Kauthar telah diadakan pada 20 Februari – 16 April 2008 bertempat di Asrama Lelaki & Perempuan SMKA Nibong Tebal.

Tujuan Projek ini diadakan adalah untukMewujudkan Perpustakaan Mini Al-Kauthar Di Asrama Lelaki Dan Asrama Perempuan untuk kemudahan murid asrama memperolehi maklumat dan meluangkan masa lapang di asrama dengan bijak.



Semua pengawas hadir memberikan komitmen yang tinggi menyiapkan bilik-bilik ini. Ia telah sedia digunakan oleh semua warga asrama bersama bahan-bahan bacaan yang difikirkan perlu untuk murid di asrama yang disumbangkan oleh para waris, guru dan Unit HEM.




Operasi mengecat sedang dijalankan oleh penghuni asrama...























Penyediaan label dan lapik rak buku.















Perbincangan sebelum aktiviti dijalankan

Program Permuafakatan SMKANT-PKG SPS-BTPNPP: Bengkel Kepimpinan, Orientasi PSS Dan Perlantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah


Pada 30 Januari 2008 SMKANT-PKG SPS-BTPNPP telah mengadakan Bengkel Kepimpinan, Orientasi PSS dan Perlantikan pengawas pusat sumber sekolah.Program ini telah diadakan di SMK&SK Saujana Indah .

Objektif program ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang peranan & tanggungjawab Pengawas Pusat Sumber serta memberi pendedahan kepada GPM tentang pengurusan program orientasi pengawas dan perlantikan pengawas



Dr Goh (Pengerusi PPSSPP) hadir Merasmikan bengkel.















Para peserta mendengar ceramah























Pengawas PSS mengambil bahagian semasa ceramah motivasi.












Peserta bengkel menerima watikah & sijil kehadiran.






Semua yang terlibat mengabadikan kenangan bersama.

Orientasi Pelajar Tingkatan Satu

Murid-murid tingkatan1 2008 sedang mengambil tempat sambil membaca brosur NILAM yang diedarkan

Kesemuanya sedang mendengar dengan penuh minat


Guru NILAM sedang memberi penerangan


Guru Perpustakaan & Media sedang memberi penerangan